Saturday, January 17, 2015

RUMAH PT3035 DI SEWA : Disember 2014

10.12.2014 (rabu)
- menerima call bertanyakan hal untuk menyewa rumah. dipendekkan cerita, setelah berunding, kedua dua pihak bersetuju dengan jumlah sewaan sebanyak rm350 sebulan.

12.12.2014 (jumaat)
- penyewa dan tuan rumah bertemu untuk kali pertama untuk melihat rumah. setelah "site visit" dilakukan, dan setelah meneliti draf perjanjian rumah sewa yang disediakan, penyewa bersetuju untuk mendiami rumah tersebut. penyewa juga bersetuju dengan jumlah deposit yang dikenalan iaitu senyak RM1250
  Sewa : RM350
                                                  Deposit Sewa : RM700 ( dua bulan sewa)
  Deposit Air+Api : RM200

                                                                          TOTAL = RM1250
- penyewa memohon untuk menduduki rumah tersebut secepat mungkin. jadi, setelah dipersetujui, kunci rumah diserahkan pada malam hari 12 haribulan 12 setelah pemilik rumah mengangkat katil yang tersedia ada di rumah tersebut.
- serahan kunci bermaksud penyewa bersetuju untuk membayar sewa pada setiap 15 haribulan.

13.12.2014 (sabtu)
- sepatutnya tuan rumah bertemu dengan penyewa untuk urusan tanda tangan surat perjanjian, namun ianya tak berlaku disebabkan hal hal lain.

.
.
.
.
.
[setelah pulang dari menduduki final exam di Shah Alam, sewaktu banjir besar melanda kelantan]
.
.
.
28.12.2014 (ahad)
- tuan rumah ke rumah sewa untuk bertemu dengan penyewa bagi mendapatkan tandatangan untuk perjanjian rumah sewa. setelah mendapat tandatangan, penyewa menyerahkan cek yang bernilai rm1250 untuk bayaran deposit dan sewa rumah.
- kerana perjanjian rumah sewa dilakukan pada 28.12.2014, dan bayaran rumah sewa juga dilakukan pada hari ini, pemilik rumah merancang untuk merekonstruk tarikh pembayaran sewa adalah setiap 1 haribulan setiap bulan.





Friday, September 20, 2013

11.9.2013 : Terima Kunci Rumah

Akhirnya, setelah sekian lama menunggu, pada tanggal 11.9.2013, pihak pemaju telah menyerahkan kunci rumah yang kami beli. Kunci rumah telah diterima setelah hampir 3 tahun kami membeli rumah ini. Membayar deposit tanda setuju membeli rumah ini pada kali pertama pada 18.12.10 sebanyak rm720.


Pada hari penerimaan kunci rumah itu, kami harus membayar caj penyelenggaraan sebanyak rm321 dan juga caj deposit & pemasangan AKSB rm197.50. dicampur keduanya menjadi rm518.50.


Akibat kelewatan pihak pemaju menyiapkan rumah ini, mereka telah membayar ganti rugi kepada pemilik rumah sebanyak rm3274.52 untuk kelewatan menyiapkan projek selama 166 hari. dengan kata lainnya, seharusnya pada bulan 4 tahun 2013 lagi pemaju projek perumahan ini harus menyerahkan kunci rumah ini. Kerana itu potongan gaji telah pun bermula sejak bulan 5 tahun 2013. Namun, bulan 9 baru mereka menyerahkan kunci rumah. 

Ya. rumah sudah siap. tapi tanpa kelengkapan electric. dan juga tanpa air. itu memang standart. maknanya, kami harus membeli lampu dan kipas. dan juga harus menghubungi pihak air kelantan untuk menyalurkan air ke rumah kami. proses ini akan kami lakukan dalam masa terdekat. insyaallah...


Sunday, December 19, 2010

KENAPA BELI RUMAH KAT SINI?

berikut adalah 2 jawapan vital kepada soalan di atas:

1- Kok Lanas akan jadi bandar baru tak lama lagi

2- Lokasi rumah berdekatan dengan Kolej Matrikulasi

:)

Saturday, December 18, 2010

SURAT TAWARAN


RESIT DEPOSIT

PELAN





SITE VISIT




KRONOLOGI PEMBELIAN RUMAH PT3035

13 Desember 2010 [ISNIN]

- Saiful AV datang melawat kami di UiTM Kota Bharu setelah hampir 2 tahun meninggalkan UiTM untuk melanjutkan pelajaran.

- dalam pada berbual bertanyakan hal semasa, Saiful AV ada mengutarakan perihal mengenai rumah teres yang bayaran bulanannya sekitar rm350 sebulan. rumah tersebut menurut katanya berkeluasan 20' x 60' yang terletak di kawasan Kok Lanas.

- kenyataan mengenai bayaran sebanyak rm350 sebulan menarik minat saya untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. itu alasan pertama. alasan keduanya, lokasi rumah di kawasan kok lanas memang lokasi yang saya dan isteri bercadang untuk mencari sebuah rumah dilokasi tersebut.

- setelah mendapatkan maklumat dengan saiful, kami bercadang untuk ke pejabat SPNB pada keesokan harinya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

- setelah berbincang dengan isteri saya, isteri saya juga berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai rumah berkenaan.



14 Desember 2010 [SELASA]

- kesibukan kerja pada hari ini menyekat hasrat saya dan saiful untuk ke pejabat SPNB. walaupun begitu, saiful ada memberikan serba sedikit maklumat berkenaan rumah berkenaan. maklumatnya adalah seperti berikut:

+ hanya terdapat 15 unit rumah lagi yang belum terjual
+ untuk mem-booking rumah tersebut, perlulah membayar deposit sebanyak rm750, salinan ic dan slip gaji.


15 Desember 2010 [RABU]

- setelah berbincang, kami [saya dan isteri] bersetuju untuk ke pejabat SPNB pada hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut, sekaligus jika berkenan dengan tawaran yang pemaju tawarkan, kami akan terus mem-booking rumah tersebut.

- seperti dijanjikan, kami mengambil cuti separuh hari untuk ke pejabat SPNB. di sana, kami berjaya mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah yang ditawarkan. kami dapat lihat lakaran rupa bentuk rumah, dapat lihat plan lokasi dan juga maklumat maklumat lain.

- memang benar maklumat yang saiful sampaikan, cuma tinggal 15 unit rumah lagi yang belum dimiliki. 15 unit daripada 500 unit. sebanyak 485 unit telah terjual dalam masa 6 bulan. dan memang kami terlambat mendapat maklumat mengenai projek rumah kos sederhana rendah ini. agak rugi sebenarnya. memang agak rugi. kerana penjualan projek rumah kos sederhana murah ini bermula sejak bulan 6 tahun 2010 lagi. namun, baru sekarang kami mengetahuinya. ya begitulah, rezeki kita semuanya Allah yang tentukan. mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

- kerana kami lambat mengetahui mengenai projek rumah ini, dan kerana cuma ada 15 unit rumah lagi yang berlum terjual, dan kami tak punya pilihan lagi.pilihan yang kami ada hanyalah di block 15 unit tersebut. iaitu di block yang agak terkebelakang. bukan agak, tapi yang paling belakang [dari segi susun atur projek tersebut].

- kerana lokasi yang sedikit kurang stategik itulah makanya jualan untuk rumah tersebut sedikit lambat. walaupun demikian, daripada 20 unit rumah di block berkenaan, sudah 5 unit sudah terjual.

- lokasi yang agak terkebelakang itu kurang menarik minat saya. namun, bagi isteri saya, ianya tidak menjadi masalah, kerana lokasinya masih lagi agak dekat dengan tapak kolej matrikulasi yang sedang dibina itu.

- keputusan untuk terus mem-booking rumah pada hari ini tidak tercapai, kerana kami berhasrat untuk melihat lokasi rumah tersebut secara langsung. dan kami bercadang untuk ke sana pada petang hari [rabu] ini juga.

- setelah ke lokasi, kami bersetuju untuk membeli rumah nombor 3 dari tepi, iaitu rumah PT3035. saya menghantarkan pesanan ringkas kepada wakil pemaju berkenaan kami comfirm untuk membeli rumah berkenaan. dan kami akan menyerahkan dokumen yang diminta pada keesokan harinya.


16 Desember 2010 [KHAMIS]

- sepatutnya hari ini proses penyerahan dokumen untuk tempahan dilakukan. namun kesibukan kerja menghalang saya berbuat demikian. temujanji pada hari ini telah ditunda kepada hari sabtu.


18 Desember 2010 [SABTU]

- hari dijanjikan tiba. kami ke pejabat wakil SPNB untuk mem-booking rumah PT3035. beberapa borang diisi, dan wang pendahuluan sebanyak rm750 dibayar. maka, secara rasminya, rumah PR3035 sekarang adalah dibawah nama kami.

- proses seterusnya, kami menunggu panggilan dari peguam panel syarikat pemaju untuk urusan selanjutnya. dan bayaran untuk peguam perumahan yang harus kami biaya adalah sebanyak rm3500. agak mahal juga ya. mana nak cari duit ni? hehe. katanya dalam masa 2 minggu ini pihak lawyer akan menghubungi kami. jadi, tunggu......

IKLAN



FASA SETERUSNYA.

stadi. abis stadi, keje. dah keje, beli kete. lepas tu kawen. dah kawen, dapat baby. dah boring duduk rumah sewa, tibalah masa untuk beli/buat rumah sendiri. nah, inilah fasa-fasa kehidupan yang dilalui oleh seorang manusia biasa. kebanyakan orang memang akan lalui fasa normal sebegini. namun, ada juga yang akan skip fasa-fasa tertentu mengikut acuan tersendiri.

kehidupan aku, betul-betul mengikut landasan yang ditetapkan. siapa yang tetapkan kehidupan kita macam ni? cari jawapan sendiri.

apapun, bersyukur aku ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kuarnia yang Allah berikan, dapat aku lalui kehidupan ini dengan indah.

terima kasih juga kepada Tuhan Ya Rahman kerana menghantar bekas teman sekerja, iaitu Saiful [bekas juruteknik AV] yang kini bekerja disebuah syarikat swasta. setelah hampir 2 tahun tidak bertemu dengan beliau, tiba-tiba beliau muncul dipintu pejabat pada tanggal 13 desember 2010. dan pada tarikh keramat itulah bermulanya perbualan mengenai rumah yang akhirnya membawa aku kepada membeli sebuah rumah.

semua ini berlaku tanpa dirancang. dan semua ini berlaku dengan sangat pantas. aku memang tak percaya dengan apa yang berlaku. kerana proses untuk membeli rumah tidak pernah terdetik dalam fikiran aku. apa pun, aku percaya bahawasanya Saiful adalah utusan Allah untuk tujuan ini. tujuan membeli rumah sendiri. "lu memang God send lah sepul!". sekali lagi, Terima kasih kepada Tuhan sekalian alam.